
Pengajian Luar Kampus
APLIKASI ELEKTRONIK UiTM
LATAR BELAKANG PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UiTM
|
1. |
PENGENALAN |
|
|
Pengajian Separuh Masa telah diwujudkan pada tahun 1973 dengan menawarkan program separuh masa yang dikendalikan oleh Kajian Luar Kampus (KLK). Ianya diperkenalkan untuk memberi peluang kepada masyarakat bumiputera yang sedang bekerja menambah pengetahuan, pengalaman dan peningkatan kerjaya. Kajian Luar Kampus (KLK) juga telah memperluaskan usaha pendidikan lanjutan dengan memperkenalkan Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang menggunakan modul, seminar dan pita rakaman sebagai kaedah pembelajaran. Pada bulan September 1990, nama Kajian Luar Kampus (KLK) ditukarkan kepada Pusat Pendidikan Luar (PPL) bersesuaian dengan usaha memperluaskan Program Pendidikan Jarak Jauh. Pusat Pendidikan Luar (PPL) kini dikenali pula sebagai Pusat Perkembangan Pendidikan (Education Development Centre) (EDC) yang mempunyai misi utama untuk menyediakan pendidikan berterusan dan berkualiti secara fleksibel ke arah peningkatan pengetahuan dan kerjaya masyarakat bumiputera. |