
Pengajian Luar Kampus
APLIKASI ELEKTRONIK UiTM
LATAR BELAKANG PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UiTM
|
5. |
PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK) |
||
|
|
5.1 |
PENGENALAN |
|
|
|
|
|
Mulai Oktober 1998, pengendalian semua program Pengajian Luar Kampus (PLK) yang lazimnya diuruskan oleh Pusat Perkembangan Pendidikan (EDC) diambil oleh Fakulti masing-masing. Program-program yang terlibat adalah di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda. Pengendalian Program Pengajian Luar Kampus (PLK) di Fakulti-Fakulti, adalah bertujuan untuk melicinkan lagi urusan pentadbiran, kaedah pembelajaran dan pengajaran. Selaras dengan itu, proses pengambilan pelajar-pelajar baru bagi Program Pengajian Luar Kampus (PLK) dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) dengan kerjasama Fakulti dan Kampus Cawangan yang berkenaan. |
|
|
5.2 |
||
|
|
|
5.2.1 |
KULIAH DAN PEPERIKSAAN |
|
|
|
|
MASA KULIAH |
|
|
|
|
Kuliah
bagi program Pengajian Luar Kampus (PLK) dijalankan dari jam 6.00 petang
hingga 10.00 malam pada hari-hari biasa bekerja, dan dari jam 3.00 petang
hingga 10.00 malam pada hari-hari cuti hujung minggu, selama 16 minggu. |
|
|
|
|
PEPERIKSAAN |
|
|
|
|
Semua pelajar adalah tertakluk pada syarat-syarat dan peraturan-peraturan peperiksaan Universiti. Peperiksaan dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April dan Oktober. Peperiksaan berjalan serentak dengan peperiksaan bagi pelajar-pelajar sepenuh masa. Kertas-kertas soalan adalah sama seperti yang diberikan kepada pelajar-pelajar sepenuh masa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar-pelajar bukan beragama Islam yang mengikuti program diploma yang memakan masa selama 2 tahun atau lebih dimestikan mengambil mata pelajaran Tamadun Islam sebagai salah satu mata pelajaran wajib dalam program yang diikuti. |
|
|
|
5.2.2 |
YURAN DAN BAYARAN |
|
|
|
|
Kenyataan mengenai yuran yang perlu dibayar dihantar kepada calon yang berjaya berserta dengan surat tawaran. Pelajar dikenakan bayaran-bayaran tertentu mengikut semester, dan kadar bayaran adalah tertakluk kepada perubahan yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah UiTM dari semasa ke semasa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penarikan diri secara rasmi dari Universiti dalam masa 14 hari selepas tarikh pendaftaran membolehkan seseorang pelajar mendapat sebanyak 80% sahaja daripada yuran pengajian. Pemulangan yuran tidak akan dibuat jika menarik diri selepas 14 hari dari tarikh pendaftaran. |