
|
|
|||||||||||||||||||||||||
Langkah 1 Sila baca panduan permohonan ini dengan teliti untuk memudahkan proses permohonan kemasukan ke UiTM secara elektronik. Antara syarat permohonan secara on-line, pemohon digalakkan mempunyai alamat e-mel yang sah dan boleh diguna pakai. Cara-cara Mendapatkan E-mail Bagi pemohon yang belum mempunyai alamat e-mail, dinasihatkan agar mendapatkannya dari mana-mana pembekal e-mel percuma seperti Yahoo, msn, hotmail atau lain-lain.
|
|||||||||||||||||||||||||
| Syarat Kelayakan Pemohon dinasihatkan agar membaca peraturan dan syarat kelayakan kemasukan dan memilih program yang sesuai dengan kelayakan pemohon untuk mengelak dari bersaing dengan pemohon yang mempunyai kelayakan yang lebih baik. Panduan memilih program sebagai program pilihan:
Penyataan Khas:
|
|||||||||||||||||||||||||
|
Langkah 3 Pembelian Nombor Slip / Pin
Maklumat pembelian Nombor Slip / Pin adalah seperti berikut:
Bank Muamalat
Nama Akaun : Aplikasi Elektronik UiTM
Nota : Sistem akan mengemaskini pengkalandata pada pada waktu-waktu berikut
bagi Bank Muamalat sahaja :
Nama Akaun : Aplikasi Elektronik UiTM Nota : Bayaran tambahan sebanyak RM 1.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bank bagi Bank Simpanan Nasional sahaja. Sila masukkan nombor dan nama akaun pada ruang seperti contoh permohonan di bawah. Pemohon yang telah membuat pembayaran boleh melayari laman web Aplikasi Elektronik www.uitmonline.edu.my atau pun melalui laman web UiTM www.uitm.edu.my melalui pautan i-student Portal. Pemohon dinasihatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan. Pemohon mungkin akan diminta mengemukakan slip pembayaran tersebut semasa pendaftaran sekiranya permohonan berjaya.
|
|||||||||||||||||||||||||
|
Langkah 4 Pengisian Borang Permohonan Borang permohonan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu MUKA SURAT 1 dan MUKA SURAT 2. Pemohon diingatkan mereka mempunyai tempoh 30 minit sahaja untuk melengkapkan borang permohonan. Selepas pemohon mengisi maklumat di dalam Muka Surat 1, sila tekan butang Muka Surat 2. Sekiranya terdapat maklumat wajib yang tertinggal sistem akan terus merujuk pemohon kepada ruang yang tertinggal apabila mereka menekan butang “Muka Surat 2”. Sekiranya tidak ada maklumat yang tertinggal, maklumat yang diisi di MUKA SURAT 1 akan disimpan dan anda boleh meneruskan dengan memasukan maklumat di Muka Surat 2. Selepas mengisi maklumat di Muka Surat 2, sila tekan butang Proses Semakkan. Sekiranya terdapat maklumat wajib yang tertinggal sistem akan terus merujuk pemohon kepada ruang yang tertinggal apabila mereka menekan butang Proses Semakkan. Sekiranya tidak ada maklumat yang tertinggal, maklumat yang diisi di MUKA SURAT 2 akan disimpan dan anda boleh meneruskan dengan proses semakan borang permohonan. |
|||||||||||||||||||||||||
|
Langkah 5 Semak Borang Permohonan Anda boleh menyemak kesemua maklumat yang diisi untuk tujuan pengesahan. Jika ada sebarang kesilapan sila lakukan pembetulan pada muka surat yang berkenaan. Pembetulan Sebarang pembetulan boleh dilakukan dengan menekan butang “kembali (Back)” di bahagian atas borang permohonan atau butang "Muka Surat 1", "Muka Surat 2" untuk terus ke muka surat tersebut. Setelah melakukan pembetulan pemohon dikehendaki menekan butang Proses Semakkan untuk memastikan perubahan di terima. Pengesahan Maklumat Sekiranya maklumat yang anda masukkan adalah betul dan tepat, anda perlu membuat pengesahan dengan memilih YA di dalam kotak pengesahan sebelum menekan butang Muktamad. Sila baca dengan teliti kandungan maklumat pengesahan. |
|||||||||||||||||||||||||
|
Langkah 6 Muktamad Permohonan Setelah memastikan segala maklumat telah disemak dan pengesahan maklumat dilakukan, pemohon dikehendaki menekan butang Muktamad. Ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup permohonan. Setelah menekan butang Muktamad, pemohon tidak lagi akan dibenarkan membuat sebarang pembetulan pada maklumat permohonan. : HANYA PERMOHONAN YANG TELAH MUKTAMAD SAHAJA YANG AKAN DITERIMA |
|||||||||||||||||||||||||
|
Langkah 7 Cetak Borang Permohonan Setelah menekan butang Muktamad pemohon akan dipaparkan dengan laman Penutup yang menyatakan bahawa permohonan telah diterima dan sedia untuk diproses. Pemohon diminta mencetak paparan ini sebagai rujukan/simpanan. Bagaimana Memastikan Permohonan Telah Diterima Pada bila-bila masa pemohon boleh memastikan permohonan mereka telah diterima dengan memasuki laman web Semak Permohonan. Pembatalan Permohonan Fungsi pembatalan permohonan adalah untuk membatalkan permohonan muktamad yang mengandungi kesilapan dan juga bagi pemohon yang ingin menghantar borang permohonan yang baru. Untuk mengisi permohonan yang baru, pemohon perlu: i) Membatalkan permohonan yang telah muktamad ii) Membuat bayaran untuk permohonan baru iii) Mengisi permohonan baru
Keputusan Permohonan Keputusan permohonan boleh disemak dijangka bermula pada minggu kedua bulan November melalui laman web UiTM di http://istudent.uitm.edu.my/intake Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumat dari UiTM, sama ada berjaya atau tidak, selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada surat menyurat akan dibuat mengenainya.
MAKLUMAN
|
|||||||||||||||||||||||||
| PEMOHON BOLEH MEMOHON LEBIH DARI SATU PERINGKAT PENGAJIAN (ASASI, DIPLOMA, PRA DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA / PENGAJIAN LUAR KAMPUS / PROFESIONAL LUARAN, KEPUJIAN UNDANG-UNDANG, DIPLOMA LEPASAN IJAZAH) DENGAN MENGGUNAKAN SATU SLIP BAYARAN BAGI SATU KATEGORI PERMOHONAN. | |||||||||||||||||||||||||