HOME           Chat        Caw. Bank Muamalat            Caw. Bank Simpanan Nasional
PERMOHONAN ONLINE
PERMOHONAN KEMASUKAN - APLIKASI ELEKTRONIK UiTM
PENGAMBILAN NOVEMBER 2005


 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN LAZIM (FAQ)
 
Soalan Lazim: Saya telah memuktamadkan permohonan saya tetapi terdapat kesilapan, apakah yang harus saya lakukan?
Email: trius@uitmonline.edu.my
Topik: KESILAPAN PENGISIAN MAKLUMAT DALAM BORANG

Sekiranya terdapat kesilapan maklumat dalam borang permohonan dan pemohon telah menekan butang 'MUKTAMAD', sebarang pembetulan tidak boleh dilakukan lagi.

Walaubagaimanapun pemohon boleh membatalkan permohonan tersebut dan membuat permohonan yang baru.

Untuk membatalkan permohonan, pemohon perlu menekan butang 'Batal Permohonan' yang terdapat di sebelah kiri laman utama. Pemohon perlu mengisi maklumat nombor bank dan nombor kad pengenalan yang hendak dibatal.

Permohonan yang telah dibatalkan akan digugurkan dari senarai pemohon. Ini memberi peluang kepada pemohon untuk melakukan permohonan semula. Tetapi pemohon tidak boleh menggunakan nombor slip bank yang sama untuk membuat permohonan. Dengan itu pemohon hendaklah mendapatkan nombor slip bank yang baru dengan membuat semula pembayaran di bank.

Pemohon juga diingatkan bahawa mereka tidak boleh menuntut semula yuran pemprosesan bagi borang yang telah dibatalkan. Ini kerana pemohonan tersebut telah melalui proses permohonan.