HOME           Chat        Caw. Bank Muamalat            Caw. Bank Simpanan Nasional
PERMOHONAN ONLINE
PERMOHONAN KEMASUKAN - APLIKASI ELEKTRONIK UiTM
PENGAMBILAN NOVEMBER 2005


 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN LAZIM (FAQ)
 
Soalan Lazim: Bolehkah saya membuat lebih dari satu permohonan?
Email: trius@uitmonline.edu.my
Topik: PERMOHONAN LEBIH DARI SATU KALI

Pemohon tidak dibenarkan untuk membuat lebih daripada satu permohonan. Sekiranya pemohon membuat lebih dari satu permohonan, hanya satu permohonan sahaja yang akan diterima dan diproses.

Sekiranya pemohon ingin membuat permohonan yang baru kerana terdapat kesilapan maklumat atau ingin menukar pilihan program, pemohon perlu membatalkan permohonan yang sedia ada bagi membuat permohonan yang baru.

Pembatalan boleh dilakukan dengan menekan butang 'Batal Permohonan' dan mengisi maklumat yang diperlukan bagi proses pembatalan. Pemohon diingatkan bahawa nombor slip atau PIN yang telah dibatal tidak boleh diguna pakai semula. Pemohon hendaklah mendapatkan nombor yang baru untuk setiap permohonan baru.