HOME           Chat        Caw. Bank Muamalat            Caw. Bank Simpanan Nasional
PERMOHONAN ONLINE
PERMOHONAN KEMASUKAN - APLIKASI ELEKTRONIK UiTM
PENGAMBILAN NOVEMBER 2005


 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN LAZIM (FAQ)
 
Soalan Lazim: Berapakah yuran pemprosesan dan di mana harus saya lakukan bayaran?
Email: trius@uitmonline.edu.my
Topik: Yuran Pemprosesan


Pemohon dinasihatkan agar memilih program yang sesuai dengan kelayakan mereka terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran yuran pemprosesan. Sila pastikan program yang ingin dipohon ada ditawarkan dan pemohon memenuhi syarat minimum kelayakan bagi program tersebut.

Setelah memilih program yang sesuai, pemohon boleh membuat pembayaran yuran pemprosesan melalui dua bank yang dipilih iaitu:

 
BANK
NAMA AKAUN
NOMBOR AKAUN
1
Bank Simpanan Nasional (BSN) Aplikasi Elektronik UiTM 14100-29-00035957-3
2
Bank Muamalat (M) Berhad

Aplikasi Elektronik UiTM

1403-0002974718

Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil).
SILA PASTIKAN NOMBOR KAD PENGENALAN ANDA ADALAH BETUL SEBELUM MENINGGALKAN BANK

Sila pastikan anda membuat bayaran dalam amaun yang tepat. Yuran pemprosesan hendaklah dibuat pada kadar berikut :

PERINGKAT PROGRAM JUMLAH
Lepasan SPM/Setaraf RM9.00
Lepasan STPM/Setaraf RM16.00
Pengajian Luar Kampus (PLK) RM12.00
Program Luaran / Profesional RM16.00
Program Usahasama Kolej Bersekutu RM9.00

 

Pemohon dinasihatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk rujukan.

Pemohon mungkin akan diminta mengemukakan slip pembayaran tersebut semasa pendaftaran sekiranya permohonan berjaya.

Hanya pemohon yang telah membuat pembayaran dibenarkan mengisi borang permohonan

BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

Pemohon yang membuat pembayaran melalui BSN akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank sebanyak RM1.00 untuk setiap permohonan.