
Program Usahasama UiTM
APLIKASI ELEKTRONIK UiTM
(PROGRAM USAHASAMA UiTM DENGAN KOLEJ BERSEKUTU UiTM)
PANDUAN PERMOHONAN |
|
Terima kasih di atas minat anda untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA. Sila baca panduan permohonan ini dengan teliti untuk memudahkan proses permohonan kemasukan ke UiTM secara elektronik. |
||||||||||||||||||||||
|
Sebagaimana terdahulu, kita akan menggunakan laman web rasmi permohonan online UiTM yang beralamat di www.uitmonline.edu.my/ppu bermula dari 13 hb Mac 2008 hingga 22 hb Jun 2008. |
||||||||||||||||||||||
|
Secara amnya, terdapat dua cara untuk membuat permohonan secara online iaitu melalui permohonan jarak jauh (terbuka) dan permohonan dari kolej (walk-in). Kedua-dua permohonan ini boleh dilakukan melalui internet. |
||||||||||||||||||||||
| Permohonan Terbuka (13/03/2008 - 06/06/2008) | ||||||||||||||||||||||
|
Pemohon dinasihatkan agar membaca peraturan dan syarat kelayakan kemasukan dan memilih program yang sesuai dengan kelayakan mereka untuk mengelakkan daripada bersaing dengan pemohon yang mempunyai kelayakan yang lebih baik. |
||||||||||||||||||||||
|
Antara syarat permohonan secara on-line adalah pemohon dikehendaki mempunyai alamat e-mel yang sah dan boleh diguna pakai. Sekiranya pemohon belum mempunyai sebarang alamat e-mel, mereka dinasihatkan agar mendapatkannya dari mana-mana pembekal e-mel percuma seperti Yahoo, msn, hotmail atau lain-lain. |
||||||||||||||||||||||
|
Langkah 1 Setelah memilih program yang sesuai, pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan di mana-mana cawangan Bank Muamalat (Malaysia) Berhad ataupun Bank Simpanan Nasional. Sila rujuk laman web bank berkenaan untuk senarai lokasi bank-bank berkenaan.
Maklumat yuran pemprosesan adalah seperti berikut :
Bayaran tambahan sebanyak RM 1.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bank (Bank Simpanan Nasional sahaja).
Pemohon dinasihatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan.
Pemohon mungkin akan diminta mengemukakan slip pembayaran tersebut semasa pendaftaran sekiranya permohonan berjaya.
Langkah 2
Pemohon yang telah membuat pembayaran boleh melayari laman web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat di www.uitmonline.edu.my/ppu atau pun melalui laman web UiTM (www.uitm.edu.my).
Langkah 3
Sebelum pergi ke laman web permohonan secara on-line, pemohon di kehendaki memasukkan maklumat pembayaran pemprosesan.
Maklumat ini akan digunakan untuk memastikan pemohon benar-benar telah melakukan pembayaran. Hanya pembayaran yang disahkan sahaja akan dibenarkan membuat permohonan.
Sistem
akan mengemaskini pengkalandata pada waktu-waktu seperti berikut
:
Maklumat yuran pemprosesan akan dikemaskini selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam. Sekiranya selepas tempoh tersebut dan pemohon masih tidak dapat membuat permohonan, pemohon dikehendaki menghubungi bahagian teknikal di talian 03-56333435 atau 03-80272759.
Langkah 4
Mengisi borang permohonan
Pemohon diingatkan bahawa mereka mempunyai tempoh masa selama 30 minit sahaja untuk melengkapkan borang permohonan. Ini adalah untuk memberi laluan kepada pemohon lain membuat permohonan.
Pemohon dikehendaki mengisi segala maklumat yang berkaitan didalam borang permohonan ini.
Antara maklumat yang diperlukan ialah :
Jenis pengajian Maklumat peribadi pemohon Maklumat akademik pemohon Maklumat program yang dipohon Pengakuan
Setelah mengisi segala maklumat di kedua-dua halaman borang permohonan, pemohon dikehendaki menekan butang Proses Semakan untuk ke laman web semakan permohonan.
Sekiranya terdapat maklumat wajib yang tertinggal, sistem akan terus merujuk pemohon kepada ruangan yang tertinggal apabila mereka menekan butang Proses Semakan.
Langkah 5
Semakan
Maklumat pemohon akan dipaparkan. Pemohon dikehendaki menyemak semula maklumat tersebut dan membuat pengakuan bahawa segala maklumat adalah benar.
Pembetulan
Sebarang pembetulan boleh dilakukan dengan menekan butang kembali (Back) di bahagian atas borang permohonan untuk ke muka surat tersebut.
Setelah melakukan pembetulan, pemohon dikehendaki menekan butang Proses Semakan untuk memastikan perubahan di terima.
Pemohon seterusnya akan dipaparkan dengan laman semakan dan diminta membuat pengakuan bahawa segala maklumat adalah benar.
Langkah 6
Setelah memastikan segala maklumat telah disemak dan pengakuan kesahihan maklumat dilakukan, pemohon dikehendaki menekan butang Permohonan Muktamad.
Setelah menekan butang Permohonan Muktamad, pemohon tidak lagi akan dibenarkan membuat sebarang pembetulan.
Permohonan akan diproses untuk temubual atau penawaran pengajian.
HANYA PERMOHONAN YANG TELAH MUKTAMAD SAHAJA YANG AKAN DITERIMA
DAN DIPROSES UNTUK TUJUAN PENAWARAN KEMASUKAN.
Langkah 7
Setelah menekan butang Permohonan Muktamad, pemohon akan dipaparkan dengan laman Penutup yang menyatakan bahawa permohonan telah diterima dan sedia untuk diproses.
Pemohon digalakkan mencetak paparan ini sebagai rujukan
Langkah 8
Pemohon membuat pembayaran yuran pendaftaran (RM300.00) di kolej yang berkenaan.
Pembatalan Permohonan
Fungsi pembatalan permohonan digunakan untuk membatalkan borang permohonan muktamad yang mengandungi kesilapan dan juga bagi pemohon yang ingin menghantar borang permohonan yang baru.
Untuk mengisi borang permohonan yang baru, pemohon perlu : i) Membatalkan borang permohonan yang telah muktamad ii) Membuat bayaran untuk borang baru iii) Mengisi borang permohonan baru
Pemalsuan Dokumen
Pihak Universiti boleh mengambil tindakan undang-undang jika didapati pemohon memberi maklumat palsu. |
||||||||||||||||||||||
| Permohonan Dari Kolej (Walk-in) - (13/03/2008 - 22/06/2008) ( 12 tengah malam) | ||||||||||||||||||||||
|
Kaedah ini memberi kebenaran kepada pemohon yang datang ke kolej membuat pembayaran dan permohonan di kolej tersebut. Pemohon yang telah membuat pembayaran di kolej juga boleh membuat permohonan samada dari kolej atau dari mana-mana tempat yang mempunyai capaian internet pada bila-bila masa selagi tarikh permohonan masih di buka.
Alamat laman web yang digunakan ialah :
Langkah 1
Pemohon datang ke kolej dan seterusnya :-
· Memilih program yang sesuai dengan bantuan khidmat nasihat kolej · Membuat pembayaran yuran permohonan sebanyak RM9.00
·
Mendapatkan resit pembayaran
Langkah 2.
Pegawai yang berkenaan membuka fail pemohon dengan menggunakan no. resit permohonan dan no. K/P pemohon.
Pegawai tersebut juga hendaklah mengingatkan pemohon agar menyimpan resit pembayaran tersebut kerana nombor resit yang sama diperlukan untuk membuat pendaftaran.
Langkah 3
Pemohon mengisi borang permohonan secara online melalui internet samada di kolej atau dari luar.
Alamat laman web yang digunakan adalah sama seperti cara terbuka dan butang permohonanya juga adalah sama. Pilihan akan diberi setelah pemohon menekan butang PERMOHONAN. Dari sini pemohon mestilah memilih untuk membuat permohonan secara walk-in kerana failnya telah di buka oleh kolej.
Langkah 4
Pengisian Borang Permohonan
Borang permohonan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu MUKA SURAT 1 dan MUKA SURAT 2. Pemohon diingatkan bahawa mereka mempunyai tempoh masa selama 30 minit sahaja untuk melengkapkan borang permohonan. Ini adalah untuk memberi laluan kepada pemohon lain membuat permohonan.
Pemohon dikehendaki mengisi segala maklumat yang berkaitan didalam borang permohonan ini.
Jenis pengajian Maklumat peribadi pemohon Maklumat akademik pemohon Maklumat program yang dipohon Pengakuan
Setelah mengisi segala maklumat di kedua-dua halaman borang permohonan, pemohon dikehendaki menekan butang Proses Semakan untuk ke laman web semakan permohonan.
Sekiranya terdapat maklumat wajib yang tertinggal, sistem akan terus merujuk pemohon kepada ruangan yang tertinggal apabila mereka menekan butang Proses Semakan.
Langkah 5
Semak Borang Permohonan
Maklumat pemohon akan dipaparkan. Pemohon dikehendaki menyemak semula maklumat tersebut dan membuat pengakuan bahawa segala maklumat adalah benar.
Pembetulan
Sebarang pembetulan boleh dilakukan dengan menekan butang kembali (Back) di bahagian atas borang permohonan untuk ke muka surat tersebut.
Setelah melakukan pembetulan, pemohon dikehendaki menekan butang Proses Semakan untuk memastikan perubahan di terima.
Pemohon seterusnya akan dipaparkan dengan laman semakan dan diminta membuat pengakuan bahawa segala maklumat adalah benar.
Langkah 6
Setelah memastikan segala maklumat telah disemak dan pengakuan kesahihan maklumat dilakukan, pemohon dikehendaki menekan butang Permohonan Muktamad.
Setelah menekan butang Permohonan Muktamad, pemohon tidak lagi akan dibenarkan membuat sebarang pembetulan.
HANYA PERMOHONAN YANG TELAH
MUKTAMAD SAHAJA YANG AKAN DITERIMA DAN DIPROSES UNTUK TUJUAN PENAWARAN
KEMASUKAN.
Langkah 7
Setelah menekan butang Permohonan Muktamad, pemohon akan dipaparkan dengan laman Penutup yang menyatakan bahawa permohonan telah diterima dan sedia untuk diproses.
Pemohon digalakkan mencetak paparan ini sebagai rujukan
Langkah 8
Pemohon membuat pembayaran yuran pendaftaran (RM300.00) di kolej yang berkenaan.
Pembatalan Permohonan
Fungsi pembatalan permohonan digunakan untuk membatalkan borang permohonan muktamad yang mengandungi kesilapan dan juga bagi pemohon yang ingin menghantar borang permohonan yang baru.
Untuk
mengisi borang permohonan yang baru, pemohon perlu :
i) Membatalkan
borang permohonan yang telah muktamad
ii) Membuat
bayaran untuk borang baru iii) Mengisi borang permohonan baru
Pemalsuan Dokumen
Pihak Universiti boleh mengambil tindakan undang-undang jika didapati pemohon memberi maklumat palsu. |
||||||||||||||||||||||