APLIKASI ELEKTRONIK UiTM

(PROGRAM USAHASAMA UiTM DENGAN KOLEJ BERSEKUTU UiTM)

Fakulti, Kod / Program

(Tempoh Pengajian)

Syarat Minimum



PROGRAM DIPLOMA

Untuk Bumiputera Sahaja


SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA ( 5 ) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
 

 

Terbuka kepada pemohon aliran Sains / Teknikal dan Sastera

 

FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA

 

MC110 DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA
  ( 3 Tahun / 6 Semester )
  (Program bertemuduga) 


Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.

 

 

SYARAT KHAS PROGRAM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :

  • Bahasa Inggeris

DAN

  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan

ATAU

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat DUA (2) kepujian termasuk Bahasa Inggeris dan lulus TIGA (3) mata pelajaran lain SERTA EMPAT (4) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

ATAU

Lulus program Pra Diploma Sains (PD008) atau Pra Diploma Perdagangan (PD003) dari UiTM.

Nota 1 : Lulus temuduga dan ujian bertulis yang dikendalikan oleh Fakulti.

Nota 2 : Bagi lulusan sijil sahaja : salinan permohonan dan salinan sijil yang telah disahkan perlu dihantar kepada Dekan Fakulti MELALUI Kolej Bersekutu UiTM yang dipohon.

 

 

 << Kandungan