APLIKASI ELEKTRONIK UiTM

(PROGRAM USAHASAMA UiTM DENGAN KOLEJ BERSEKUTU UiTM)

Fakulti, Kod / Program

(Tempoh Pengajian)

Syarat Minimum



PROGRAM DIPLOMA

Untuk Bumiputera Sahaja


SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA ( 5 ) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
 

 

Terbuka kepada pemohon aliran Sains / Teknikal dan Sastera

 

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN

 

HM111 DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN
  ( 3 Tahun / 6 Semester )
   


Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.

 

 

SYARAT KHAS PROGRAM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :

  • Bahasa Inggeris

  • Matematik / Matematik Tambahan

ATAU

Lulus Sijil Pengendalian Urusan Pelancongan (HM005) dari UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya HPNG 2.70 SERTA SATU (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.

DAN

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat EMPAT (4) kepujian  termasuk Bahasa Melayu

DAN

  • Bahasa Inggeris / Matematik / Matematik Tambahan

ATAU

Lulus program Pra Diploma Perdaganagan (PD003) dari UiTM.

Nota : Bagi lulusan sijil sahaja : salinan permohonan dan salinan sijil yang telah disahkan perlu dihantar kepada Dekan Fakulti MELALUI Kolej Bersekutu UiTM yang dipohon. 

 

 

 << Kandungan