
PERINGATAN : Halaman ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan iklan yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan pihak Universiti berhak menukar syarat-syarat yang dikemukakan tanpa sebarang notis.
Program Pengajian Kolej Usahasama UiTM 
Permohonan adalah dibuka kepada pelajar lepasan SPM untuk mengikuti pengajian secara usahasama dengan Kolej Bersekutu UiTM bagi pengambilan SESI DISEMBER 2008 - APRIL 2009.
Alamat url bagi Program Kolej Bersekutu adalah seperti berikut:
Program Usahasama adalah program perdana UiTM yang dijalankan secara kerjasama antara UiTM dengan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). IPTS yang menjalankan program usahasama ini dikenali sebagai Kolej Bersekutu UiTM. Program yang ditawarkan terdiri daripada Program Diploma dan Pra Diploma UiTM.
Kini, terdapat 23 buah Kolej Bersekutu (KB) yang menjalankan program usahasama di seluruh Malaysia.
Pelajar program usahasama yang telah memenuhi keperluan dan syarat universti akan dianugerahkan Sijil/Diploma oleh Universiti Teknologi MARA pada hari penganugerahan konvokesyen di Kampus Induk UiTM Shah Alam.
- Permohonan Terbuka (Open)
Tarikh tutup: 10 Disember 2008 (12:00 malam)
- Permohoan Secara Datang Terus (Walk-in)
Tarikh tutup: 29 Disember 2008 (12:00 malam)
-
Yuran Pemprosesan
- YURAN PEMPROSESAN HANYA SAH DAN BOLEH DI GUNAPAKAI DALAM TEMPOH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA. BERMULA DARI TARIKH IKLAN DIKELUARKAN HINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN SEPERTI YANG TERDAPAT DI DALAM IKLAN TERSEBUT. YURAN PEMPROSESAN YANG DI BUAT DI LUAR TEMPOH PERMOHONAN ADALAH TIDAK SAH.
- Setelah memilih program yang sesuai, pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan DI KAUNTER PEMBAYARAN dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) di mana-mana cawangan BANK MUAMALAT ATAU BANK SIMPANAN NASIONAL yang telah ditetapkan pada kadar seperti berikut :
![]() |
||
|---|---|---|
| Nama Akaun: | Aplikasi Elektronik UiTM | |
Nombor Akaun: Bank Muamalat (M) Berhad .. .. .. .. .. 1403-000-297471-8 |
||
|
||
Borang Permohonan
Pastikan anda telah membaca syarat layak memohon dan syarat khas program sebelum mengisi borang. Ini akan mengelakkan anda dari memohon program yang tidak layak.
Semak Borang Permohonan
Menyemak status borang bermaksud membuat semakan terhadap maklumat-maklumat yang telah dimasukkan untuk memastikan tiada kesilapan dilakukan pada masa mengisi borang tersebut.
Batal Permohonan
Pembatalan permohonan bertujuan memberi peluang kepada pemohon yang telah memuktamadkan permohonan tetapi telah melakukan kesilapan mengisi maklumat permohonan membuat permohonan baru.
Semak Keputusan
Keputusan berjaya atau tidak berjaya akan diumumkan pada minggu kedua bulan November 2008.
e-Rayuan
Calon-calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan dalam tempoh 10 hari berkerja melalui laman web http://istudent.uitm.edu.my/intake selepas keputusan diumumkan.


