
Keperluan Malaysian University English Test (MUET)
a. Bagi calon-calon yang memohon program: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, calon perlu menduduki dan mencapai sekurang-kurangnya BAND 3 sebelum tarikh tutup permohonan. Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua - TESL), calon perlu menduduki dan mencapai sekurang-kurangnya BAND 4 sebelum tarikh tutup permohonan. Bidang-bidang lain, calon perlu menduduki dan mencapai sekurang-kurangnya BAND 1 sebelum tarikh tutup permohonan. Walaubagaimanapun, calon yang belum menduduki ujian Malaysia University English Test (MUET) boleh membuat permohonan. b. Calon sekolah/institusi hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon persendirian/individu yang ingin mengambil ujian sila mendaftar di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Borang pendaftaran boleh diperolehi di JPN. Untuk mengetahui alamat dan nombor telefon JPN, sila klik Jabatan Pelajaran Negeri. c. Untuk maklumat atau sebarang pertanyaan sila layari laman web http://www.mpm.edu.my
Borang Permohonan
Pastikan anda telah membaca syarat layak memohon dan syarat khas program sebelum mengisi borang. Ini akan mengelakkan anda dari memohon program yang tidak layak.
Semak Borang Permohonan
Menyemak status borang bermaksud membuat semakan terhadap maklumat-maklumat yang telah dimasukkan untuk memastikan tiada kesilapan dilakukan pada masa mengisi borang tersebut.
Batal Permohonan
Pembatalan permohonan bertujuan memberi peluang kepada pemohon yang telah memuktamadkan permohonan tetapi telah melakukan kesilapan mengisi maklumat permohonan membuat permohonan baru.
Semak Keputusan
Akan dimaklumkan kemudian.
e-Rayuan
Calon-calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan dalam tempoh 10 hari berkerja melalui laman web http://istudent.uitm.edu.my/intake selepas keputusan diumumkan.
| Yuran Pemprosesan | |
Nombor Akaun: Bank Muamalat (M) Berhad .. 1403-000-297471-8 |
|
|
|
