Takrifan Bumiputera

 

Takrif Bumiputera yang diguna pakai adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bagi urusan pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke IPTA. Takrif Bumiputera adalah seperti berikut:

 

Takrifan Bumiputera bagi Semenanjung

"Jika salah seorang ibu atau bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera."

 

Takrifan Bumiputera bagi Sabah

"Jika bapa calon adalah seorang melayu yang beragama Islam / Peribumi Sabah seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (a) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera."

 

Takrifan Bumiputera bagi Sarawak

"Jika bapa dan ibu calon adalah seorang Peribumi Sarawak seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera."